Wednesday 19 June 2013

MIGHTY 3 GEMS

Promosi Set Mighty 3 Gem: Berpuasa dengan lebih bertenaga!
……………
Promosi sehingga 29 JULAI 2013 sahaja~

………………
Salam sejahtera & selamat pagi.. 😊
Sempena bulan puasa yang tidak lama lagi menjelma, kami ingin menawarkan kepada anda SET MIGHTY 3 GEM yang mampu membantu anda untuk lebih bertenaga dalam menjalankan aktiviti dan ibadah seharian.
Suplemen ini sangat sesuai buat buat ibu-ibu menyusu, ibu-ibu mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Performance Drink dan Mealshake.

Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga suplemen ini.

1. ESP (Energizing Soy Protein)
ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati! Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik
Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Meal Shakes

Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
 Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan!
Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini?
Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

******
Bonus:
Mighty 3 Gem ini juga sesuai untuk diberikan kepada suami dan anak-anak (lebih-lebih lagi yang baru hendak belajar berpuasa pasti letih kan).

Jadi sekiranya anda membeli set ini sebenarnya anda juga memberikan yang terbaik buat keluarga anda!
Jadi sekiranya anda mahukan Set Mighty 3 Gem ini pada HARGA PROMOSI, WhatsApp saya dengan kadar segera ya.. Harga Promosi sehingga 29hb ini sahaja.. Harga Promosi RM290 SAHAJA
Oh ya! Sekiranya sahabat2 anda juga mahukan set yang best ni..
FREE POSTAGE, FREE CONSULTATION!

Assalamualaikum w.b.t..dan Selamat Petang....


Fuhhh...lamanya tak update blog ni..dah bersawang dan bersarang...harap kawan-kawan semua sihat walafiat...

Takder idea nak tulis apa...

Any idea untuk upkan blog saya...

Bye
With Love
Idailani

Friday 22 March 2013

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul

 
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
Pelekapan
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
  • Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
  • Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
  • Petunjuk:
    • Puting
    • Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    • Lidah bayi
    • Payu dara
    • Tekak bayi
Berita Di Sunting Dari Sumber : My Healt

Friday 15 February 2013

Pentingnya Omega Guard (Minyak Ikan)

Petang ni saya nak berkongsi fakta dibwh.. Anda perlu mengambil Shaklee OmegaGuard sekiranya anda: 
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi)
Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3  yg kaya dgn DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yg perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya maka ia perlu diambil dari diet harian

Thursday 17 January 2013

Medela Harmony

Medela - Harmony Breastpump w Calma Teat 
Price : RM269.00
New Price : RM239.00

Preferred by 9 out of 10 moms!

Feels more like your baby than any other manual pump. The first and only manual pump with breakthrough Natural Expression pumping for maximum milk flow.

- SoftFit Breastshield massages while you pump
- Ergonomic swivel handle for maximum comfort and flexibility
- Easier assembly and cleaning - fewer parts than other manual pumps
- Compatible with most standard baby bottles
- No batteries required

Includes Calma Teat - Babies can drink, breathe and pause regularly. One size is sufficient for the entire breastfeeding period, just as in nature. We recommend introducing a teat when breastfeeding is established.

First researched and developed for hospital breastpumps, Natural Expression is an advanced pumping pattern that mimics your baby's nursing rhythm by pumping in two distinct modes:

Let-down Mode - Simulates your baby's initial rapid suckling to initiate faster milk flow or let-down.

Expression Mode - Simulates your baby's slower, deeper suckling for maximum milk flow in less time
 


Medela Swing

Medela - Swing Breastpump
RP : RM799.00
New Price : RM759.00

Swing is small and gentle but quietly strong!

For mothers who enjoy their baby and their lifestyle - Swing is ideal for pumping at home as well as on the go. The breastpump is small, light and trendy, and can be used on a tabletop, belt clip or shoulder/neck strap, so you can always take it with you. For fast, gentle pumping, where it suits you best. Swing is discreet and stylish - it makes breastfeeding fun! It is the only single electric personal use pump with breakthrough 2-Phase Expression technology for maximum milk flow. First researched and developed for hospital breastpumps, 2-Phase Expression is an advanced pumping pattern that mimics a baby's natural nursing rhythm by pumping in two distinct modes.

Includes Calma Teat - Babies can drink, breathe and pause regularly. One size is sufficient for the entire breastfeeding period, just as in nature. We recommend introducing a teat when breastfeeding is established.

Stimulation mode: To simulate your baby's initial rapid sucking to start your milk flowing

Expression mode: To simulate your baby's slower deeper sucks to express your milk gently and efficiently.

More features:

One touch let down button designed for faster milk flow
Convenient, easily fits into a purse or briefcase
Efficient, adjustable speed and vacuum
Comfortable, comes with SoftFit Breastshield
Mobile, use on a tabletop, belt clip or shoulder/neck strap.

Warranty: 1 Year

Medela FreeStyle

Medela - Freestyle Breastpump 
RP : RM2,299.00
New Price : RM1,999.00

Features and Benefits of Freestyle:

Freestyle is designed with every mom in mind. The choice is in the palm of your hand!

Hands-free accessories - provides the freedom for true pumping mobility

Rechargeable battery - allows for 3 hours of pumping time per charge

Small and lightweight - weighs less than 1 pound and can fit in the palm of your hand

2-Phase Expression technology - smart and powerful pumping that is proven to mimic a baby's natural nursing pattern and get more milk in less time

LCD screen, digital display - lit screen provides a digital display that can also be used as a nightlight for those late pumping sessions

Memory button - allows mom to save her favorite pumping pattern for ease and efficiency for the next pumping session

Cute tote bag - holds pumping essentials and more. All of the coordinating accessories are removable, so tote can be used separately.

 


Complete Storage Set



 Jingle Jungle - Booboo Mom Cooler Tote Set (Cyan) 
 Price : RM49.90

 Jingle Jungle - Booboo Mom Cooler Tote Set (Pink) 
Price : RM49.90

 Jingle Jungle - Candy Mom Cooler Bag Set (Hearts) 
Price : RM54.90 
With this combo package, you will receive:
1) 1 unit of Jingle Jungle Candy Mom Cooler Bag
2) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
3) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours) 


 Jingle Jungle - Elegante Mom Complete Set (Lilac Hearts) 
Price : RM119.90

 With this combo package, you will receive:
1) 1 unit of Jingle Jungle Candy Mom Cooler Bag
2) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
3) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours) 

 Jingle Jungle - Elegante Mom Complete Set (Black Hearts) 
Price : RM119.90

With this combo package, you will receive:
1) 1 unit of Jingle Jungle Elegante Mom Multifunctional Bag
2) 1 unit of Jingle Jungle Elegante Mom Cooler Bag
3) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
4) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours) 

 Jingle Jungle - Elegante Mom Complete Set (Khaki Floral) 
Price : RM119.90

With this combo package, you will receive:
1) 1 unit of Jingle Jungle Elegante Mom Multifunctional Bag
2) 1 unit of Jingle Jungle Elegante Mom Cooler Bag
3) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
4) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours) 

 Jingle Jungle - Elegante Mom Complete Set (Pink Stripes) 
Price : RM119.90

With this combo package, you will receive:
1) 1 unit of Jingle Jungle Elegante Mom Multifunctional Bag
2) 1 unit of Jingle Jungle Elegante Mom Cooler Bag
3) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
4) 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours) 





9 peranan suami dalam membantu isteri menjayakan penyusuan susu ibu

Gambar sekadar hiasan
Biasanya bila sebut saja tentang penyusuan susu ibu, jarang sekali kita kaitkan dengan si suamikan? Tapi pada hakikatnya, suami juga mempunyai peranan yang penting dalam membantu si isteri berjaya mengharungi perjalanan penyusuan sehingga 2 tahun. Berikut saya kongsikan 9 cara yang saya petik daripada seorang LC terkenal iaitu Puan Farah Farhan tentang bagaimana seorang suami dapat membantu si isteri untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu. Jom kita baca apa 9 perkara tersebut ... 

  1. Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi - ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang mereka lupa apa aspek penting yang perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yang diberikan kepada hospital yang mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam pertama selepas kelahiran. Sebagai suami, menjadi peranan anda untuk menggalakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 
  2. Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan si isteri. Perkara ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul semua suami apabila isterinya berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambil alih tugas isteri (sekejap je pun ... hanya untuk tempoh 44 hari). Mungkin pada masa ini anak-anak yang lain akan berasa jauh hati sebab terdapat ahli keluarga baru. Jadi perhatian ibu akan teralih sebentar kepada si adik kecil yang baru dilahirkan. Oleh itu, di sini pentingnya si suami untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak lain supaya mereka belajar menyayangi adik di samping mengalihkan perhatian dengan bermain atau bawa mereka keluar dan memberi ruang kepada si isteri untuk berkenalan dengan adik baru.
  3. Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Setakat ini, saya dah dua kali bersalin, dua-dua kali suami saya tak mampu untuk melaksanakan perkara ini. Namun begitu, kalau diikutkan, si suami seharusnya bangun dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Selain itu, sebagai balasan kepada isteri yang telah menyusukan anak, suami juga perlulah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain dan bukan sekadar tidur mati. 
  4. Urutan membanyakkan susu - kaedah urutan untuk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan (suami kenalah ikut sama ke kelas macam ni). Tambahan pula, siapa lagi yang hendak membantu si isteri kalau bukan suami. Gunakan peluang yang ada untuk bermanja dan bermesra sesama sendiri. 
  5. Bantu isteri menguruskan anak (burping), mendukung bayi, memandikan bayi, membuat kerja rumah dan sebagainya. Biasanya si ibu akan rasa merasa keletihan selepas sesi penyusuan. Jadi si suami bolehlah memainkan peranan dengan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga kekal rapat. 
  6. Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama - Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa banyak pertolongan & sokongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dari suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya sukar untuk menemui kejayaan. Suami juga berperanan untuk menyokong/membantu isteri menyusukan anak di depan orang ramai (in public). Dalam kes sebegini, practice makes perfect. Mula-mula mungkin rasa agak kekok dan janggal tapi lama-kelamaan apabila tahap kemahiran dah meningkat perkara tersebut akan menjadi mudah. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila-bila masa dia nak. Jadi adalah penting untuk belajar menyusu di tempat awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa. 
  7. Memberi bantuan kewangan khususnya buat isteri yang ingin meneruskan kerjaya kerana kini terdapat keperluan untuk penyediaan peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit biasanya suami confirm akan garu kepala. Sebab itulah perancangan dari awal kehamilan penting agar tidak membebankan poket suami. Kalau si isteri sanggup untuk keluarkan duit sendiri untuk membeli peralatan penyusuan, Alhamdulillah (jangan lupa pula untuk ucapkan terima kasih pada si isteri ya). Dalam pada itu, sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa kos untuk membeli susu formula jauhhh lebih tinggi daripada bayi yang menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga banyak yang boleh dijimatkan kerana anak yang menyusu badan mempunyai antibodi yang lebih baik dan jarang sakit. Oleh itu, duit tu boleh bawak isteri dan anak-anak pergi melancongkan berbanding ulang alik ke klinik?
  8. Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya - setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Jadi kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dengan khasiat semulajadi yang dicipta Allah dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial daripada media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya. 
  9. Galakkan orang lain (kawan-kawan, saudara mara) untuk menyusukan anak dengan susu ibu - bagi suami yang berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsilah ilmu itu dengan rakan-rakan agar kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.
Sebelum saya mengakhiri entri untuk hari ini, saya tinggalkan anda semua abah, ayah, papa, daddy, walid, bapa semua dengan sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kalian juga:
 
Allah berfirman (utk kaum suami):
“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-Thalaq, ayat 6.
Dipetik : Being Mary

Kekurangan Bekalan Susu Atau Kekurangan Keyakinan Diri?

Kekurangan bekalan susu atau kekurangan keyakinan diri?
Bolehkah sesetengah makanan 'rawat' masalah bekalan susu badan rendah?
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik & Perunding Laktasi?

Persepsi bekalan susu badan tidak mencukupi merupakan masalah penyusuan umum; ramai ibu menganggap mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi walaupun sebenarnya adalah disebaliknya. Ini disebabkan ramai ibu baru, kekurangan kesejahteraan emosi dan keyakinan diri untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif. Malah ada tanggapan salah bahawa susu formula lebih 'hebat' walaupun pelabelan wajib pada semua produk susu formula - "Susu badan adalah nutrisi paling baik untuk bayi".
Low milk supply or lack
of self-confidence? Secara amnya, ada beberapa cara yang menentukan jika ibu mempunyai bekalan susu mencukupi:
  • Kenaikan berat badan - Bayi mendapat kembali berat lahir selepas dua minggu. Berat lahir berganda pada 5-6 bulan, dan tiga kali ganda pada satu tahun. Bayi yang disusu susu badan lebih ramping iaitu kurang cenderung makan banyak dan tidak menjadi gempal seperti bayi diberi susu formula..
  • Lampin - Sekurang-kurangnya 4-6 kain lampin basah dalam masa 24 jam. Bayi akan membuang air besar yang lembut, kuning, dan berdadih.
  • Tanda lain - Bayi mempunyai warna kulit baik, cerah, mata terang dan mempunyai tempoh berjaga tertentu pada siang hari.

Bolehkah makanan membantu meningkatkan bekalan susu?

""Minum sup betik dan ikan ini untuk bekalan susu yang lebih!"
Ramai ahli keluarga dan rakan mencadangkan petua ini kepada ibu muda. Sejak dahulu lagi, ibu di seluruh dunia mengambil makanan tertentu atau herba untuk meningkatkan bekalan susu mereka. Sebahagian besar daripada zat tersebut tidak dinilai secara saintifik tetapi penggunaan tradisional mencadangkan keselamatan dan beberapa kemujaraban, seperti Fenugreek (Trigonella foenum-graecum), Milk thistle (Silybum marianum) dan Goat's rue (Galega officinalis).
Untuk ibu yang menyusu, mengambil makanan seimbang dan air yang mencukupi amat penting dalam memastikan bekalan susu mencukupi. Maka, anda boleh masukkan ikan dan betik dalam diet anda secara kerap.

Menghadapi masalah penyusuan

Ada kalanya, bayi mungkin menyusu lebih daripada biasa ataupun lebih cerewet. Ini menyebabkan ibu menganggap bekalan susu mereka berkurangan. Ada juga sebab lain bekalan susu berkurangan. Anda harus periksa jika anda sedang mengalami situasi berikut, terutamanya jika berat badan bayi tidak meningkat atau pergerakan usus yang tidak mencukupi.
  • Pelekapan yang tidak betul: Pelekapan payu dara yang tidak betul menyebabkan payu dara tidak cukup terangsang, menjejaskan penghasilan susu optimum.
  • Bentuk puting: Bentuk puting boleh mempengaruhi sama ada bayi boleh melekap dengan betul atau tidak. Puting yang leper atau tenggelam menyukarkan bayi untuk menyusu.
  • Puting sakit: Kesakitan puting merekah atau luka boleh mengganggu refleks pengaliran susu; anda juga mungkin cenderung untuk melewatkan penyusuan kerana rasa sakit dan tidak selesa.
  • Penyusuan yang tidak kerap: Menyusu bayi dengan secukupnya, lebih kurang 8 kali penyusuan (atau lebih) dalam masa 24 jam, boleh merangsang proses penyusuan.
  • Penggunaan susu formula sebagai suplemen: Ini boleh mengurangkan bekalan susu, kerana bayi yang kenyang selepas minum susu formula bayi tidak akan menyusu dengan kerap.
  • Stres: Kebanyakan ibu akan melalui stres, terutamanya mereka yang baru menjadi ibu. Ia mungkin sebab kekurangan penghasilan susu.
Tingkatkan bekalan susu anda
Jangan susah hati apabila menghadapi cabaran penyusuan badan. Cara lain untuk meningkatkan penghasilan susu adalah:
  • Makan, minum dan rehat secukupnya - Minum air, makan dan mengambil rehat yang secukupnya akan membantu memastikan bekalan susu yang mencukupi.
  • Kekeliruan puting - Elakkan penggunaan botol atau puting tiruan antara waktu penyusuan badan; ini boleh mengelirukan bayi anda hingga tidak boleh menyusu dengan betul atau puas. Sebaliknya, gunakan cawan, sudu atau picagari.
Jika masih tidak berjaya walaupun telah berusaha dan mencuba pelbagai cara, doktor anda mungkin akan memberi anda ubat domperidone. Ubat ini membantu merangsang penghasilan hormon prolaktin dan dengan demikian meningkatkan pengeluaran susu.
Walaupun semua langkah diatas telah diambil, masih ada kemungkinan anda akan mempunyai kekurangan bekalan susu. Jadi, berbincang dengan doktor atau pakar laktasi untuk membantu dengan keadaan anda. Walaupun kami menyarankan ibu menyusukan bayi susu badan secara eksklusif, campuran antara susu formula dan susu badan adalah lebih baik daripada tidak menyusu sama sekali. Jangan berputus asa atau murung; anda sentiasa boleh mencari penyelesaian yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Nota: Penulis menyumbang artikel ini kepada Pengasuhan Positif kerana ingin membekalkan maklumat berdasarkan bukti kepada ibu bapa. Namun demikian, oleh kerana sebuah syarikat makanan bayi merupakan salah satu penaja Pengasuhan Positif, maka penulis tidak akan menerima sebarang bentuk bayaran daripada Pengasuhan Positif untuk artikel ini kerana beliau merupakan Pakar Perunding Laktasi Diperakui Badan Antarabangsa yang mematuhi Kod Etika untuk tidak menerima sebarang bentuk sokongan daripada syarikat makanan bayi.

Dipetik : Positive Parenting

Menyusukan Bayi Dengan Selamat

Menyusukan Bayi dengan Selamat
Ibu bapa, terutamanya ibu-ibu, harus sedar akan aspek keselamatan dan langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diamalkan ketika menyusu.
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan

Penyusuan susu ibu adalah salah satu pengalaman yang penuh dengan kasih sayang dan mengeratkan keintiman di antara anda dengan bayi. Anda juga disyorkan untuk menyusu bayi anda secara eksklusif bagi 6 bulan pertama hidupnya dan seterusnya, jika boleh. Selain itu, posisi dan aspek keselamatan semasa penyusuan adalah penting. Terutamanya, setelah berlaku beberapa kes kematian bayi semasa penyusuan.
Menyusukan Bayi dengan Selamat

Kes 1

Bayi berusia dua bulan tercekik mati semasa menyusu susu ibu. Bayi tersebut mengalami pneumonia pengaspiratan yang menyebabkan peparunya dipenuhi dengan cecair. Akibatnya, bayi mengalami kesukaran untuk memuntahkan susu yang berlebihan kerana dia berbaring di atas katil ibu bapanya dengan mukanya menghadap ke atas.
*New Straits Times, 11hb Jun, 2007.

Kes 2

Seorang bayi berusia sebulan telah ditemui mati selepas ibunya tertidur sambil menyusukannya di rumah. Ibu tersebut bangun pada waktu pagi dan mendapati anaknya telah mati dengan mulut berbuih.
*New Straits Times, 31hb Mac, 2012.
Posisi berbaring adalah sangat baik untuk ibu-ibu yang menjalani pembedahan Caesarean atau jika bahagian bawah mereka berasa sakit selepas kelahiran. Permintaan untuk penyusuan juga menjadi lebih mudah kerana ibu dapat berehat atau tidur ketika menyusu. Walaupun tidur bersama dan menyusu dengan berbaring mungkin menyebabkan bayi anda tercekik atau sesak nafas; jika ia dilakukan dengan betul, masalah seperti kes-kes di atas tidak akan berlaku.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda untuk menyusu bayi anda dengan berbaring.
  • Untuk keselesaan. Pastikan anda menumpukan berat badan anda pada bantal supaya tidak menyebabkan ketegangan pada bahagian pinggul dan tulang belakang bawah anda.
  • Letakkan bayi anda pada sebelah yang menghadap anda dengan puting anda selaras dengan hidungnya. Jika anda menyusu dari payudara kanan, anda harus berbaring di sebelah kanan anda.
  • Dengan menggunakan tangan anda yang bebas, gerakkan payudara anda ke dalam mulut bayi anda. Apabila bayi anda telah mula menghisap, anda boleh menolak bahu bayi anda menghala ke arah anda.
  • Elakkan dari melentur leher bayi anda terlalu jauh ke belakang kerana ini akan menyukarkannya untuk menelan.
  • Anda boleh sama ada meletakkan lengan di bawah kepala bayi anda atau meletakkan kepala bayi anda pada katil dengan tangan anda bebas. Pilih mana-mana posisi yang lebih selesa untuk anda.
  • Sentiasa pastikan bayi anda bebas untuk gerakkan kepalanya supaya dia dapat bebaskan diri jika dia mengalami kesukaran untuk bernafas atas apa-apa sebab.
  • Apabila bayi anda telah habis menghisap payudara pertama golekkan diri anda dan bayi anda ke sisi yang satu lagi atau hanya bersandar supaya bayi anda boleh melekap payudara yang satu lagi sambil dalam posisi penyusuan yang sama.
  • Sendawakan bayi anda selepas menyusu. Untuk melakukan ini, biarkan bayi anda duduk atau pegang bayi pada bahu anda dan menggosok atau menepuk belakang bayi anda dengan perlahan. Bukan semua bayi akan sendawa; jadi jika anda tidak mendengar bunyi 'buurp!', jangan risau.
Nota: Sesetengah ibu mungkin berasa lebih mudah bagi bayi melekap dahulu dan kemudian berbaring dengan perlahan-lahan.

Tip-tip penting

  • Sentiasa pastikan bayi tidur berbaring untuk mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak.
  • Jangan sekali-kali tidur dengan bayi anda di atas sofa atau di ruang yang sempit.
  • Pastikan papan kepala dan kaki katil tidak mempunyai lubang atau potongan yang boleh memerangkap kepala bayi anda.
  • Pastikan tilam adalah padan dengan bingkai katil supaya bayi anda tidak terperangkap.
  • Kurangkan peralatan di tempat tidur dan elakkan bantal dan selimut yang besar dan gebu.
  • Pastikan kepala bayi anda tidak ditutupi oleh mana-mana peralatan tempat tidur.
  • Adik-beradik yang lebih tua tidak harus berkongsi katil dengan ibu yang menyusu dan bayi kerana ia merbahaya bagi bayi anda.
  • Bayi harus diletakkan di sebelah ibu, dan bukannya di antara ibu dan ayah.
  • Jika anda mempunyai rambut yang panjang, pastikan ia diikat semasa anda tidur untuk mengelakkan sebarang kejadian tercekik yang tidak sengaja.

Ia adalah sangat penting anda TIDAK mengambil sebarang ubat, alkohol, atau bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan anda pening-pening atau kurang responsif kepada bayi anda (seperti ubat batuk waktu malam atau alat bantu tidur). Jika anda perlukan bahan-bahan ini, pastikan ada orang lain yang boleh menjaga bayi anda.

Dipetik : Positive Parenting

Thursday 10 January 2013

Nursing Wear

 My Lovely Closet-Fun Wing (Cyan)
Price : RM89.90
NOW ONLY
RM69.00
Size
S - bust size 32-34
M - bust size 34-36
L - bust size 36-38
XL - bust size 38-40
XXL - bust size 40-42
 
My Lovely Closet-Fun Wing (Plum)
Price : RM89.90
NOW ONLY
RM69.00
Size
S - bust size 32-34
M - bust size 34-36
L - bust size 36-38
XL - bust size 38-40
XXL - bust size 40-42
 

 My Lovely Closet - Stylo Cowl Neck (Flower)
Price : RM89.90
NOW ONLY
RM69.00
Size
S - bust size 32-34
M - bust size 34-36
L - bust size 36-38
XL - bust size 38-40
XXL - bust size 40-42
 

My Lovely Closet - Twinset (Burgundy/Black)
Price : RM75.90
NOW ONLY
RM59.00
Size
S - bust size 32-34
M - bust size 34-36
L - bust size 36-38
XL - bust size 38-40
XXL - bust size 40-42

My Lovely Closet - Stylo Wrap (Lavender)
Price : RM79.90
NOW ONLY
RM65.00
Size
S - bust size 32-34
M - bust size 34-36
L - bust size 36-38
XL - bust size 38-40
XXL - bust size 40-42

Wednesday 9 January 2013

Kenapa Mesti Susu Ibu

Kenapa Mesti Susu Ibu?

Oleh: Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim, MBBCh, Universiti Ain Shams.

Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)
Terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam ayat ini. Melalui ilham yang dikurniakan Allah pada manusia, maka kelebihan susu ibu sudah dapat diteroka dan dibuktikan pada hari ini.
Kelebihan pada bayi
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap  dan dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.
Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan bakteria.
Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.  Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.
Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan member kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.
Kelebihan pada ibu
Sepertimana bayi, ibu juga turut mendapat banyak kelebihan menerusi penyusuan susu badan.
Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :
‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia ‘
‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’
Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya jika menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Seolah-olah si ibu melakukan senam aerobics elama 2 jam sehari!
Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.
Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Penyusuan susu ibu juga dapat mempercepat pengecutan rahim ke saiz dan bentuk asals ebelum mengandung.
Masyarakat hari ini semakin sedar akan kepentingan susu ibu. Lihat sahaja lambakan produk penyusuan di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Semuanya bergantung pada kemampuan pembeli. Tujuannya untuk memudahkan dan memotivasikan si ibu untuk terus menyusukan si anak. Moga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.
Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Menyusu Anak Lebih 2 Tahun

Menyusu anak lebih 2 tahun

 

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Artikel Penuh: Utusan - Arkib 26/03/2010
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bayi Lebih Sihat Dan Cerdik

MANFAAT SUSU IBU

JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’.
Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.
Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.
Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.
“Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.
“Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu,” kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.
Tambahnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu.
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.
“Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,” ujarnya.
Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah itu kerana air dan botol yang tidak bersih.
Selain itu, susu ibu juga mengandungi antibodi-antibodi untuk mengelak dan mencegah jangkitan respiratori (pernafasan) dan jangkitan telinga, malah kesan daripada zat-zat yang diperoleh daripada susu ibu dapat mengelakkan kesan jangka masa panjang dari segi obesiti, darah tinggi dan diabetes.


NOOR HALIZA (kiri) menunjukkan teknik penyusuan yang betul kepada Siti Nor Adilla, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya.



Perkembangan otak
Noor Haliza juga memberitahu bahawa kandungan susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak bayi agar menjadi cerdik dan cerdas.
Walaupun banyak susu formula mengandungi bahan yang dikatakan dapat merangsang sel-sel otak, kita tidak tahu sama ada bahan itu dapat memberi kesan yang sama seperti apa yang terdapat dalam susu ibu.
“Pemberian susu ibu juga boleh mengelakkan bayi kembung perut. Di sebalik semua kebaikan ia juga akan mengeratkan ikatan kasih ibu dan bayi.
“Penyusuan badan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Secara tidak langsung, si ibu kurang mendapat masalah pendarahan selain tubuh akan cepat kembali ke bentuk asal,” jelasnya sambil memberitahu ia dapat mengurangkan risiko barah payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.
Selain itu, penyusuan ibu dapat membantu ekonomi keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula yang mahal harganya.
Ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan si ibu tidak perlu mengambil cuti kecemasan dengan kerap kerana si anak berada dalam keadaan sihat.
Mengulas mengenai mitos badan menjadi gemuk jika menyusu badan, Noor Haliza memberitahu bahawa mitos tersebut tidak benar sama sekali.
Jika berikan susu ibu, badan lebih cepat kembali ke bentuk asal kerana sentiasa mengeluarkan lemak melalui susu dan dibakar ketika proses menyusu.
“Semua orang fikir bahawa menyusu badan itu sesuatu yang semula jadi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.
“Ia satu kemahiran yang telah dilupakan dan perlu dipelajari semula kerana ramai yang sudah terbiasa memberikan botol dan menganggap menyusu badan itu tidak penting. Kita terpaksa ajar ibu-ibu cara menyusu badan dengan betul supaya ia menjadi satu penyusuan yang efektif,” katanya.
Penyusuan berjaya
Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan.
Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan.
Lantaran itu, semua hospital kerajaan kini ialah hospital rakan bayi sejak tahun 1992 yang mengamalkan 10 langkah ke arah penyusuan ibu berjaya.
“Mula-mula kita ajar dengan satu polisi iaitu semua bayi perlu diberikan susu ibu sejak lahir hingga enam bulan secara eksklusif.
“Selepas enam bulan, kita sarankan ibu memberikan makanan pelengkap tanpa menghentikan penyusuan kerana selepas enam bulan, pemberian susu sahaja tidak cukup,” katanya.
Ujarnya, kebaikan susu ibu perlu dijelaskan kepada para ibu. Selepas sahaja bayi dilahirkan, bayi terus diberikan kepada ibu tanpa dimandikan terlebih dahulu kerana pengenalan pertama itu penting bagi interaksi awal.
Apabila sudah ada stimulasi pada ibu dan bayi, senang untuk memulakan dan meneruskan penyusuan.
“Bayi boleh ‘meneroka’ tubuh ibu untuk mencari payudara. Jika bayi tidak hisap tidak mengapa. Kalau hisap, bagus. Selepas bayi dimandikan, barulah si ibu diajar untuk menyusu.
Tambah Noor Haliza, menyusu badan perlu ada tekniknya. Badan bayi perlu lurus, rapat dengan ibu, mukanya menghadap payudara. Jika bayi tidak hisap, kemungkinan dia dalam keadaan tidak selesa,” ujarnya.


KINI, ibu yang bekerja juga mahu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka dengan memerah susu badan bagi memastikan stok susu mencukupi. - Gambar hiasan



Cara ideal
Katanya lagi, ada tanda-tanda menunjukkan bayi bersedia untuk menyusu. Apabila bayi berada dalam posisi menyusu, mulutnya akan terbuka luas dan barulah ia diberikan susu.
Mulut bayi perlu masuk dalam semua kawasan areola (kawasan hitam payudara) dan bukannya hisap puting sahaja yang akhirnya menyebabkan luka puting.
“Ada juga sesetengah ibu masih tidak mahu memberikan susu badan selepas kita menerangkan tentang kebaikan susu ibu kerana takut bentuk payudaranya tidak cantik dan suami tidak benarkan.
“Saya rasa ia satu kerugian. Bayi ada hak untuk mendapat yang terbaik. Sudahlah dia tidak dapat apa yang diciptakan untuknya, kita berikan pula susu haiwan seterusnya mendedahkannya kepada risiko jangkitan,” katanya.
Sesetengah ibu pula cuba memberikan susu badan tetapi ditolak beberapa kali oleh bayi. Akhirnya, ibu tersebut putus asa dan mengambil keputusan memerah susu kemudian memberikannya melalui botol.
Antara sebab penolakan tersebut adalah kerana bayi mereka mengalami keliru puting (akibat pemberian susu melalui botol). Pengalaman si bayi menyusu terus dari payudara dan botol adalah sangat berbeza.
“Jika demikian, jangan berikan susu dengan botol dan ajar bayi minum dengan cawan sedikit demi sedikit. Dengan kedudukan 45 darjah, bayi akan minum seperti kucing dan lama-kelamaan apabila sudah biasa, dia akan dapat minum susu dengan banyak.
Noor Haliza mengesyorkan para ibu agar merancang jadual penyusuan dua minggu sebelum kembali bekerja. Susu perlu diperah dalam tempoh berpantang selepas bayi selesai menyusu bagi memastikan stok mencukupi.
Apabila susu kerap diperah, lebih banyak susu dihasilkan. Sungguhpun begitu, apabila si ibu letih, sedih, marah dan stres ia mempengaruhi penghasilan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu terhenti.
Bagi melancarkan pengeluaran oksitosin, ibu perlu duduk di tempat yang sunyi, lihat gambar bayi dan mendengar muzik-muzik lembut. Keadaan tersebut membolehkan susu keluar.
“Jangan putus asa. Jika mempunyai masalah penyusuan, jangan segan untuk berjumpa dengan pakar laktasi, doktor dan jururawat di hospital kerana mereka akan memberikan bantuan,” ujarnya sambil berpesan supaya para ibu tidak terpengaruh dengan iklan-iklan susu formula di televisyen.

Artikel Penuh: Kosmo
Hakcipta terpelihara

Tuesday 1 January 2013

Cara Mendidik Anak Dalam Islam

Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek
rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa
perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan
keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai
keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.

Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya
memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan
sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan
kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu (sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada
dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Setelah Anak Dilahirkan

Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya. Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:
" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan
Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a" (Riwayat Abu Daud dan Termizi) Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa
kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya
Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan
bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk
anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)
Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan
teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh.
Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu
didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik
pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar (mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang.

Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula
diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan
berpengetahuan daripadanya.
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik.
Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan
pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali- kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk- nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup  kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Credit: zura betty