Kekurangan bekalan susu atau kekurangan keyakinan diri?
Bolehkah sesetengah makanan 'rawat' masalah bekalan susu badan rendah?
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik & Perunding Laktasi?
Persepsi bekalan susu badan tidak mencukupi merupakan
masalah penyusuan umum; ramai ibu menganggap mereka
tidak menghasilkan susu yang mencukupi walaupun sebenarnya
adalah disebaliknya. Ini disebabkan ramai ibu baru, kekurangan
kesejahteraan emosi dan keyakinan diri untuk menyusui bayi
mereka secara eksklusif. Malah ada tanggapan salah bahawa
susu formula lebih 'hebat' walaupun pelabelan wajib pada semua
produk susu formula - "Susu badan adalah nutrisi paling baik
untuk bayi".

Secara amnya, ada beberapa cara yang menentukan jika ibu
mempunyai bekalan susu mencukupi:
- Kenaikan berat badan - Bayi mendapat kembali berat lahir
selepas dua minggu. Berat lahir berganda pada 5-6 bulan, dan
tiga kali ganda pada satu tahun. Bayi yang disusu susu badan
lebih ramping iaitu kurang cenderung makan banyak dan tidak
menjadi gempal seperti bayi diberi susu formula..
- Lampin - Sekurang-kurangnya 4-6 kain lampin basah dalam
masa 24 jam. Bayi akan membuang air besar yang lembut,
kuning, dan berdadih.
- Tanda lain - Bayi mempunyai warna kulit baik, cerah, mata
terang dan mempunyai tempoh berjaga tertentu pada siang hari.
Bolehkah makanan membantu meningkatkan bekalan susu?
""Minum sup betik
dan ikan ini untuk
bekalan susu yang
lebih!"
Ramai ahli keluarga dan rakan
mencadangkan petua ini kepada ibu
muda. Sejak dahulu lagi, ibu di seluruh
dunia mengambil makanan tertentu atau
herba untuk meningkatkan bekalan susu
mereka. Sebahagian besar daripada zat tersebut tidak dinilai
secara saintifik tetapi penggunaan tradisional mencadangkan
keselamatan dan beberapa kemujaraban, seperti Fenugreek
(Trigonella foenum-graecum), Milk thistle (Silybum marianum) dan
Goat's rue (Galega officinalis).
Untuk ibu yang menyusu, mengambil makanan seimbang dan air
yang mencukupi amat penting dalam memastikan bekalan susu
mencukupi. Maka, anda boleh masukkan ikan dan betik dalam
diet anda secara kerap.
Menghadapi masalah penyusuan
Ada kalanya, bayi mungkin menyusu lebih daripada biasa
ataupun lebih cerewet. Ini menyebabkan ibu menganggap
bekalan susu mereka berkurangan. Ada juga sebab lain bekalan
susu berkurangan. Anda harus periksa jika anda sedang
mengalami situasi berikut, terutamanya jika berat badan bayi tidak
meningkat atau pergerakan usus yang tidak mencukupi.
- Pelekapan yang tidak betul: Pelekapan payu dara yang
tidak betul menyebabkan payu dara tidak cukup terangsang,
menjejaskan penghasilan susu optimum.
- Bentuk puting: Bentuk puting boleh mempengaruhi sama ada
bayi boleh melekap dengan betul atau tidak. Puting yang leper
atau tenggelam menyukarkan bayi untuk menyusu.
- Puting sakit: Kesakitan puting merekah atau luka boleh
mengganggu refleks pengaliran susu; anda juga mungkin
cenderung untuk melewatkan penyusuan kerana rasa sakit dan
tidak selesa.
- Penyusuan yang tidak kerap: Menyusu bayi dengan
secukupnya, lebih kurang 8 kali penyusuan (atau lebih) dalam
masa 24 jam, boleh merangsang proses penyusuan.
- Penggunaan susu formula sebagai suplemen: Ini boleh
mengurangkan bekalan susu, kerana bayi yang kenyang
selepas minum susu formula bayi tidak akan menyusu dengan
kerap.
- Stres: Kebanyakan ibu akan melalui stres, terutamanya
mereka yang baru menjadi ibu. Ia mungkin sebab kekurangan
penghasilan susu.
Tingkatkan bekalan susu anda
|
Jangan susah hati apabila menghadapi cabaran penyusuan
badan. Cara lain untuk meningkatkan penghasilan susu
adalah:
- Makan, minum dan rehat secukupnya - Minum air,
makan dan mengambil rehat yang secukupnya akan
membantu memastikan bekalan susu yang mencukupi.
- Kekeliruan puting - Elakkan penggunaan botol atau
puting tiruan antara waktu penyusuan badan; ini boleh
mengelirukan bayi anda hingga tidak boleh menyusu
dengan betul atau puas. Sebaliknya, gunakan cawan,
sudu atau picagari.
|
Jika masih tidak berjaya walaupun telah berusaha dan mencuba
pelbagai cara, doktor anda mungkin akan memberi anda ubat
domperidone. Ubat ini membantu merangsang penghasilan
hormon prolaktin dan dengan demikian meningkatkan
pengeluaran susu.
Walaupun semua langkah diatas telah diambil, masih ada
kemungkinan anda akan mempunyai kekurangan bekalan
susu. Jadi, berbincang dengan doktor atau pakar laktasi untuk
membantu dengan keadaan anda. Walaupun kami menyarankan
ibu menyusukan bayi susu badan
secara eksklusif, campuran antara
susu formula dan susu badan adalah
lebih baik daripada tidak menyusu
sama sekali. Jangan berputus asa
atau murung; anda sentiasa boleh
mencari penyelesaian yang terbaik
untuk anda dan bayi anda.
Nota: Penulis menyumbang artikel ini
kepada Pengasuhan Positif kerana ingin membekalkan maklumat berdasarkan
bukti kepada ibu bapa. Namun demikian, oleh kerana sebuah syarikat
makanan bayi merupakan salah satu penaja Pengasuhan Positif, maka
penulis tidak akan menerima sebarang bentuk bayaran daripada Pengasuhan
Positif untuk artikel ini kerana beliau
merupakan Pakar Perunding Laktasi Diperakui Badan Antarabangsa yang
mematuhi Kod Etika untuk tidak menerima sebarang bentuk sokongan
daripada syarikat makanan bayi.